Sunday, November 30, 2008

Berita Semasa


Ini adalah diantara yang ditemui semasa menziarah Kak Long Norli di Hospital Selayang. Dari kanan Makcik Awa, Makngah Zarah, Makusu Zubai dan Ucu Zul. Tiada didalam gambar adalah Paklang Din sekeluarga.

Berita Semasa

Semalam pada 29 November pergi menziarah Pak Lang Isa & Kak Long Norli di Hospital Selayang. Keadaan Pak Lang adalah stabil dan beliau masih mengalami demam. Beliau dijangka menjalani pembedahan pada Rabu 3 December ini. Marilah kita bersama mendoakan kesihatan Ayahanda Mohd Isa.

Keadaan Kak Long pula masih belum diketahui, pihak hospital masih menunggu keputusan makmal. Bersama-samalah kita mendoakan kesihatan buat kedua-dua saudara kita ini.

Friday, November 28, 2008

Berita Semasa

Perkhabaran yang diterima dari Seremban, Kak Long Norli (Anak pertama Makngah Zaharah) telah dimasukkan ke wad 8D tingkat 8 Hospital Selayang pagi semalam. Ini adalah bagi mendapat rawatan susulan.

Perkhabaran juga diterima bahawa Paklang Isa telah ditangguh pembedahan yang dijadual 26 November kerana mengalami demam sejak beberapa hari yang lepas. Tarikh baru yang diberi adalah pada hari Isnin 1 December akan datang. Marilah kita sekeluarga berdoa akan kesihatan kedua-duanya.

Thursday, November 13, 2008

Cucu-cucu


Sebahagian cucu-cucu semasa bercuti di Melaka pada 2006.

Wednesday, November 12, 2008

Berita Semasa

Pada 9 November 2008 yang lalu bersamaan 11 Zulkaedah 1429 Hijrah Bonda bersama Keluarga Angah telah menghadiri jemputan rumah terbuka di rumah adik Almarhum Ayahanda iaitu Tuan Haji Nordin. Majlis rumah terbuka itu diadakan di rumah beliau di Paya Jaras, Sungai Buluh, Selangor.

Thursday, November 6, 2008

Berita Semasa

Pada hari ini Along mendapat perkabaran bahawa abang kepada Almarhum Ayahanda, Tuan Haji Mohd Isa akan dimasukkan ke Hospital Selayang pada 24 November 2008 ini bagi menjalankan pembedahan membuang londehan pada pundi yang dijadualkan pada 26 November 2008.

Beliau dijangka akan berada di hospital selama dua (2) minggu bagi menjalani rawatan susulan.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Ayahanda Tuan Haji Mohd Isa selamat menjalani rawatan dan cepat sembuh.

p/s : Berita di terima pada 6 November 2008 jam 06:13p.m

Monday, November 3, 2008

Dalam Kenangan


Gambar Keluarga ini diambil pada malam Hari Raya Aidil Fitri 2003 dirumah Almarhumah Nenda Hjh. Zainab & Almarhum Hj. Abu Yamin di Keramat.