Pada tanggal 24 Disember yang lalu semasa Bonda Dzainab berada di Kuala Lumpur kami mendapat berita bahawa rumah bonda di Senai terdapat percubaan memecah masuk. Alhamdullillah tiada apa-apa yang sempat diambil kerana percubaan pecah masuk itu disedari oleh jiran-jiran.
Alhamdullilah dengan kelahiran blog keluarga ini dapatlah kita semua berkongsi informasi & maklumat yang berguna buat anak dan cucu Almarhum Ayahanda Tuan Haji Mohamed Hanum Bin Mohammed serta Bonda Puan Hajjah Patimah Binti Mat Nor.
Tuesday, December 30, 2008
Monday, December 8, 2008
Berita Semasa
Hari ini kita menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama ahli keluarga dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Disamping itu kita ada menerima perkhabaran bahawa saudara kita Angah anak Mak Teh melaka telah dimasukkan ke Shah Alam Medical Centre sejak Isnin lalu kerana jangkitan paru-paru. Hari ini selepas menyempurnakan ibadah qurban bersama bonda telah pergi menziarah, alhamdulillah saudara kita telah beransur sembuh. Saudara kita Mohd Fairus anak kepada Paklang Din Buyau telah dimasukkan ke Sunway Medical Centre juga pada hari yang sama kerana masalah paru-paru. Berita diterima bahawa Pak Andak (Atok Andak Morib) juga dimasukkan ke Hospital Banting kerana penyakit paru-paru berair. Ini adalah perkhabaran yang diterima dari pihak keluarga Bonda Patimah.
Ayahanda Mohd Isa yang telah selamat menjalani pembedahan pada 3 Desember yang lalu telah dibenarkan keluar pada Jumaat 5 Desember. Marilah kita semua berdoa agar kesemua ahli keluarga kita ini semoga cepat sembuh dan selalu dibawah rahmatNya.

Friday, December 5, 2008
Tazkirah
Ini adalah kali pertama ruangan tazkirah ini dimulakan, ia adalah bertujuan agar kita bersama-sama ingat mengingati sesama ahli keluarga agar kita tidak lupa amanat dan wasiat Almarhum Ayahanda.
Bepuasa Sehari Sebelum Aidil Adha.
Bepuasa Sehari Sebelum Aidil Adha.
Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan kita yang di Malaysia berada di rumah-rumah mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda :
يكفِّر السنة الماضية والباقية
" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" -
[Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
صيام يوم عرفة
إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده والسنة التي قبله
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya"
- [Hadith riwayat Tirmudzi].

Thursday, December 4, 2008
Berita Semasa
Perkhabaran gembira diterima dari Abang Shariman, Ayahanda Tuan Haji Mohd Isa selamat menjalini pembedahan pada hari ini 3 December 2008. Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik. Doa adik-beradik serta anak-anak lain dengan izin Allah S.W.T semoga ayahanda cepat sembuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)