Thursday, January 29, 2009

Berita Semasa

Cahayamata ke 4 Adinda Nur Atikah Habsah & Mohd Zulzanizam yang lahir pada 2 Januari 2009 yang lalu telah diberi nama "Nur Damia Irdina Binti Mohd Zulzanizam". Ini adalah cucu yang ke 11 dan merupakan cucu perempuan yang ke 4 bagi keluarga Almarhum Ayahanda Haji Mohamed Hanum & Bonda Hajjah Patimah.

Berita Semasa

Hari ini pada 25 Januari 2009 Bonda Patimah menghadiri jemputan kerumah Pak Usu Zul di Seremban. Ini adalah majlis pertunangan anak perempuan Pak Usu. Majlis perkahwinan dijangka berlangsung pada 20 & 21 Jun 2009 akan datang. Selepas majlis Bonda bermalam di rumah Makcik Awa.

Keesokan harinya Bonda ke Kampung Gamin menghadiri jemputan kenduri Aqiqah di rumah Makngah Biah. Bonda pulang semula ke Kampung Melayu Subang selepas majlis.

Saturday, January 3, 2009

Tazkirah

Seorang Ulama' Sufi yang zuhud menasihati anak-anak muridnya,

"Wahai manusia,
Bagaimanakah engkau boleh melambat-lambatkan manusia dengan apa yang telah mereka janjikan, sedangkan mereka amat bersegera kepada apa yang tidak mereka janjikan."

Marilah kita renungkan kata-kata diatas sebagai salah satu panduan dalam mengharungi kehidupan kita ini. Fikirkanlah apa yang tersirat didalam kata-kata diatas.

Hari Raya Aidil Adha 1429H


Bonda Patimah anggun dipagi raya & Mak Teh sedang menyediakan sarapan pagi.

Bonda Dzainab bersama Ikhwan di Surau Baitul Ibadah Baitul Rahim Puchong.

Friday, January 2, 2009

Berita Semasa


Marhaban, Alhamdullillah hari ini kita telah menerima seorang ahli keluarga baru seorang puteri yang lahir pada 2 Januari 2009 jam 8.45 pagi di Hospital Sungai Buloh.

Ini adalah puteri yang baru dikurniakan kepada Adinda Nor'Atikah Habsah & Zulzanizam.
Mak Long berposing bersama baby baru.