Friday, October 31, 2008

Thursday, October 30, 2008

Anak Keempat

Nor' Atikah Habsah Binti Haji Mohamed Hanum lahir pada Julai 1978 bersamaan 8 Syaaban 1398 Hijrah di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim Perak dan Sekolah Menengah Khir Johari Tanjung Malim Perak. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Arau perlis dan Universiti Teknologi Mara Kuantan Pahang.

Mendirikan rumahtangga bersama Saudara Mohd Zulzanizam Bin Isnin dan telah dikurniakan dua (2) orang puteri dan seorang putra.

Anak Ketiga

Haslizatul Fairuz Binti Haji Mohamed Hanum Lahir pada May 1976 bersamaan 12 Jamadilawal 1396 Hijrah di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim Perak dan Maktab Rendah Sains Mara Taiping Perak. Melanjutkan pelajaran di Kentucky University Amerika Syarikat dan University Teknologi Mara, Pahang.

Mendirikan rumahtangga dengan Saudara Zainuddin Bin Zakaria dan telah dikurniakan seorang puteri and empat (4) orang putera.

Anak Kedua

Mohamad Hanafiah Bin Haji Mohamed Hanum Lahir pada May 1971 bersamaan 5 Rabiulawal 1391 Hijrah di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim Perak dan Maktab Tentera Diraja (RMC) Kuala Lumpur. Melanjutkan Pelajaran di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Mendirikan rumahtangga dengan Cik Nor Zarina Binti Ngadiman dan telah dikurniakan seorang putera.

Anak Pertama

Badrul Hisham Bin Haji Mohamed Hanum lahir pada March 1970 bersamaan pada 10 Muharram 1390 Hijrah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim dan Sekolah Menengah Khir Johari Tanjung Malim di Perak. Melanjutkan pelajaran di Institute Perdagangan Sri Ayu Perak di Kampar Perak dan Universiti Teknologi Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur.

Mendirikan rumahtangga dengan Cik Liliwati Binti Abdul Jalil pada 30 Januari 1999 serta telah dikurniakan seorang puteri dan dua (2) orang putera.

Hari Raya Aidil Fitri 2008





Gambar ini diambil pada 27 Oktober 2008 di Saujana Puchong.