Tuesday, September 29, 2009

Kembali ke Rahmatullah

Pada hari ini bersamaan 1 Syawal 1430H semasa semua ahli keluarga sedang bergembira merayakan Aidilfitri kita telah dikejutkan dengan berita sedih. Ayahanda Abdul Rahman atau dikenali dengan Ucu Aman telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Ayahanda telah pergi meninggalkan kita pada jam lebih kurang 4.30 petang raya.
Jenazah ayahanda selamat disemadikan pada pagi 2 Syawal di Tanah Perkuburan Islam Cheras. Ayahanda Mohd Isa telah mengetuai bacaan talkin dan doa pada pagi itu.

Tuesday, September 15, 2009

Kembali ke Rahmatullah

Hari ini pada 14 Septembar 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430H, Ayahanda Zakaria atau lebih dikenali dengan Pak Teh Kampar telah pulang kerahmatullah di Kelana Jaya rumah di Rumah Abang Salleh. Jenazah almarhum ayahanda telah disempurnakan disurau Komplek Kastam Kelana Jaya sebelum dibawa pulang ke Kampar selepas solat Zohor.

Almarhum ayahanda selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampar Perak. Kesempatan ini Bonda Patimah, Angah dan Along telah menziarahi pusara Ayahanda Tuan Haji Mohd Hanum. Didalam perjalanan pulang kami sekeluarga berbuka di Kawasan Rehat Tapah.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi bagi tahun 1430H ini. Kita akan menyambut kedatangannya dengan rasa penuh gembira kerana didalamnya terdapat kebaikan yang lebih daripada seribu bulan. Marilah kita bersama-sama melaksanakan suruhan Allah ini dengan rasa rendah diri mudah-mudahan ia akan menambah ketakwaan kita kepadaNya. Sebagaimana yang disebut didalam Al-Quran:-

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
- Maksud Ayat 183 Surah al-Baqarah

Tuesday, August 4, 2009

Marhaban

Marhaban...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T pada hari ini tepat jam 12:21 pagi 4 Ogos 2009 bersamaan 12 Syaaban 1430H adinda Haslizatul Fairuz selamat melahirkan seorang putera. Putera ini adalah cahayamata ke 5 adinda Fairuz dan Zainuddin.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar putera ini menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah. Mudah-mudahan...

Sunday, August 2, 2009

Majlis Walimatul Urus Ayahanda Zulkifli

Majlis walimatul urus Ayahanda Zulkifli telah berlangsung di Gedung Lalang, Seremban Negeri Sembilan pada 20 Jun 2009 yang lalu. Majlis yang meriah ini diraikan bersama seluruh saudara mara serta sahabat handai yang datang dari jauh dan dekat.

Kepada Adinda Rini selamt pengantin baru dan selamat menempuh alam berumahtangga. Bagi pengantin lelaki selamat datang ke keluarga besar kami semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati olehNya.