Sunday, January 31, 2010

Perlantikan Buapak Suku Batu Hampar


Tugas pertama Buapak sain surat jemputan.

Waris-waris Soko bergambar ramai bersama Dato'-Dato Adat dan Buapak yang baru dilantik.



Pada 30 Januari 2010 satu majlis yang jarang-jarang dapat dihadiri oleh semua orang terutama daripada golongan generasi baru. Perlantikan Buapak bagi Suku Batu Hampar telah berlangsung di Rumah Tua Ibu Soko Kg.Tengah.
Rasanya ramai yang tak paham majlis apa nie kan...hehehehe... Ini adalah majlis perlantikan Ketua Keluarga atau Buapak. Majlis ini dijalankan bagi menggantikan Buapak yang lama yang telah meninggal dunia kira-kira 7 tahun yang lepas. Perlantikan ini dibuat oleh Dato'-Dato' Adat dengan restu semua Waris-waris Soko dari Perut Kg. Tengah, Perut Parit dan Perut Ampang Tinggi. Waris Soko adalah perempuan yang tertua yang mewarisi dari setiap perut. Atau boleh dikatakan anak-anak perempuan dari setiap keluarga.
Buapak yang baru ini adalah Ayahanda Mohd Din Bin Mohd Nor adinda kepada Bonda Patimah. Begitulah betapa kayanya dan cantiknya serta unik Adat Pepatih yang masih diamalkan oleh keluarga ku.



3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Tahniah atas perlantikan Buapak Suku Batu Hampar. Saya ingin menanyakan bagaimana salasilah Almarhum Dato Maharaja Sulaiman Kasan Suku Batu Hampar. Saya adalah anak saudara beliau yang hadir semasa pemakaman dan pelantikan sebelum upacara pengkebumian almarhum.
sekian.
Anak yang diperantauan Capt.(Rtd) MA Zainal..e-mail: zainalama@yahoo.com

Anonymous said...

Rumah ibi soko ini di kg tengah gentam iaitu rumah almarhum Dato Maharaja Sulaiman Kasan suku batu hampar. Pada hari pemakaman dan perlantikan datuk lembaga yang baru saya hadir utuk urusan pemakamam mengikut adat..

ramliyahya said...

Tahniah. ayah saya dari suku batu hampar dan ibu saya dari jawa jambi....namun saya berasa bersyukur dapat melihat kedua dua darah keturunan berpanjangan dengan anak anak saya......