Monday, December 8, 2008

Berita Semasa

Hari ini kita menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama ahli keluarga dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Disamping itu kita ada menerima perkhabaran bahawa saudara kita Angah anak Mak Teh melaka telah dimasukkan ke Shah Alam Medical Centre sejak Isnin lalu kerana jangkitan paru-paru. Hari ini selepas menyempurnakan ibadah qurban bersama bonda telah pergi menziarah, alhamdulillah saudara kita telah beransur sembuh. Saudara kita Mohd Fairus anak kepada Paklang Din Buyau telah dimasukkan ke Sunway Medical Centre juga pada hari yang sama kerana masalah paru-paru. Berita diterima bahawa Pak Andak (Atok Andak Morib) juga dimasukkan ke Hospital Banting kerana penyakit paru-paru berair. Ini adalah perkhabaran yang diterima dari pihak keluarga Bonda Patimah.

Ayahanda Mohd Isa yang telah selamat menjalani pembedahan pada 3 Desember yang lalu telah dibenarkan keluar pada Jumaat 5 Desember. Marilah kita semua berdoa agar kesemua ahli keluarga kita ini semoga cepat sembuh dan selalu dibawah rahmatNya.

No comments: