Friday, November 6, 2009

Tazkirah Jumaat

Perihal ketaatan kedua ibu bapa.
Pernah disabdakan Nabi s.a.w yang bererti: Seorang anak tidak akan dapat membalas budi kedua ibu bapanya kecuali jika dia mendapatinya menjadi hamba, lalu dia membelinya dan memerdekakannya. Mentaati kedua ibu bapa adalah lebih utama dari shalat dan zakat, puasa dan haji, umrah dan jihad pada jalan Allah.

Kedudukan ibu bapa sangat utama.
Nabi s.a.w bersabda lagi: Barang siapa yang berpagi meredhai kedua ibu bapanya, dia berpagi dengan terbuka baginya dua pintu syurga. Dan barang siapa yang berpetang begitu juga maksudnya. Sekiranya yang ada cuma seorang, satulah pintu syurga yang terbuka, meskipun keduanya membuat aniaya.....keduanya membuat aniaya. Dan barang siapa berpagi menyungutkan kedua ibu bapanya, dia berpagi dengan terbuka baginya dua pintu neraka. Dan barang siapa yang berpetang begitu juga maksudnya. Sekiranya yang ada satu, satulah pintu neraka, meskipun keduanya membuat aniaya...membuat aniaya...membuat aniaya.
Sesungguhnya syurga itu dapat dicium baunya dari perjalanan 500 tahun dan tiada akan dicium baunya seorang yang menderhakai ibu bapanya dan orang yang memutuskan tali kerabatnya.

Diriwayatkan bahawa Allah Ta'ala berkata kepada Nabi Musa Alaihis salam, wahai Musa! Siapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan menderhakaiKu, Aku akan mencatitkan dia sebagai orang yang taat, dan barang siapa yang mentaatiKu dan menderhakai kedua ibu bapanya, Aku akan mencatitkan baginya sebagai seorang yang menderhaka.
Doanya seorang ibu sangat cepat pengabulannya. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah! Kenapa begitu? Jawab Baginda: Ibu itu lebih berbelas kasihan dari ayah.

(Di petik dari buku Tasawuf Penyingkapan Hati kepada Rahsia-Rahsia Ilahi Nukilan Imam Ghazali)

No comments: