Monday, April 5, 2010

Mesyuarat Keluarga 02042010 Kg Jiboi S'ban N9

Pada 3 April 2010 yang lalu telah berlangsung mesyuarat keluarga bagi membincangkan agenda keluarga dimana beberapa bulan yang akan datang akan ada majlis menerima ahli keluarga baru, Mesyuarat diadakan dirumah Ayahanda Zulkifli di Kampung Jiboi, Seremban, Negeri Sembilan. Mesyuarat dihadiri semua adik beradik Bonda Patimah serta anak-anak saudara yang dijemput. Majlis dipengerusikan oleh Ayahanda Mohd Din (a.k.a Dato Speaker). Mesyuarat bermula jam 4 petang dan berakhir jam 7 malam.
Didalam mesyuarat dimaklumkan bahawa 12 Jun majlis menyambut menantu kaklong Norli dan rombongan mengantar pada 4 Jun. Majlis pertunangan Mahathir dijangkakan pada 3 julai. Majlis nikah anak Bonda Zailand pada 30 Julai dan menghantar pada 7 Ogos.
Lupa nak tambah, pada perjumpaan ini kami juga menyambut ulangtahun ke...hehehe (cuba teka) Ayahanda Othman. Sederhana tapi meriah dengan usikan dan gelak ketawa adik beradik serta anak dan cucu yang hadir. Maaf tak der gambar sebab masa nie penulis sibuk melayan mee kari Bonda Siti Hawa..hehehe..

Dua Chief Executive Chef mendengar dengan khusuk penerangan tugas yang diagihkan.

Dato Speaker mempengerusikan mesyuarat dibantu oleh Kolonel Haji.



Tekun mendengar penerangan daripada Chief Executive Chef.

Sesi pembahagian tugas kepada anak- anak buah.

Kaklong menerangkan aturcara majlis.




Thursday, March 11, 2010

Maklong Tapah Kembali Kerahmatullah

Hari ini kira-kira jam 5:30 pagi tanggal 8 March 2010, kita semua dikejutkan dengan berita Maklong Tapah telah kembali mengadap Illahi. Maklong adalah isteri kepada Paklong Harun kekanda sulung Almarhum Ayahanda. Beliau meninggal di Hospital Besar Ipoh dan dibawa pulang untuk dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Batu Tiga Tapah Perak.

Semoga roh beliau bersama orang-orang yang soleh disisiNya.

Sunday, January 31, 2010

Perlantikan Buapak Suku Batu Hampar


Tugas pertama Buapak sain surat jemputan.

Waris-waris Soko bergambar ramai bersama Dato'-Dato Adat dan Buapak yang baru dilantik.



Pada 30 Januari 2010 satu majlis yang jarang-jarang dapat dihadiri oleh semua orang terutama daripada golongan generasi baru. Perlantikan Buapak bagi Suku Batu Hampar telah berlangsung di Rumah Tua Ibu Soko Kg.Tengah.
Rasanya ramai yang tak paham majlis apa nie kan...hehehehe... Ini adalah majlis perlantikan Ketua Keluarga atau Buapak. Majlis ini dijalankan bagi menggantikan Buapak yang lama yang telah meninggal dunia kira-kira 7 tahun yang lepas. Perlantikan ini dibuat oleh Dato'-Dato' Adat dengan restu semua Waris-waris Soko dari Perut Kg. Tengah, Perut Parit dan Perut Ampang Tinggi. Waris Soko adalah perempuan yang tertua yang mewarisi dari setiap perut. Atau boleh dikatakan anak-anak perempuan dari setiap keluarga.
Buapak yang baru ini adalah Ayahanda Mohd Din Bin Mohd Nor adinda kepada Bonda Patimah. Begitulah betapa kayanya dan cantiknya serta unik Adat Pepatih yang masih diamalkan oleh keluarga ku.



Monday, December 14, 2009

Mamat Berkhatan

Pada hari ini 6 Disember 2009 bersamaan 19 Zulhijjah 1430H Mohd Hanafi a.k.a Mamat selamat melangkah kealam baru. Di telah di khatankan di salah sebuah klinik swasta di Desa Pandan... Sempat menziarah pada keesokan hari nya.

Bagi anakanda Mamat selamat melangkah kealam baru, jangan nakal-nakal dan semoga jadi anak yang soleh. Amin....

Jemputan Doa Selamat

Pada 28 November yang lepas Bonda Zailand jemput kerumah buat kenduri doa selamat sebab dah sembuh dari penyakit yang dialaminya. Sempena tu juga ada majlis merisik dan bertunang. Aku tak dapat sama sebab balik rumah mertua ler pulak.....

So Bonda Patimah dan adik-adik jer yang jadi wakil....semoga semua berjalan ngan lancar.

Hari Raya Aidil Adha 1430H

Hari Raya tahun nie mula dengan sembahyng sunat kat Surau Puchong, petang tu gak aku balik Johor. Surau korban 3 kerbau 2 lembu. Meriah gak macam pesta jadinya.

Balik rumah mandi rehat jap siap-siap tolak gie Johor lak..... Rehat kat Johor 3 ke 4 hari lepas tu balik KL semula....

Friday, November 6, 2009

Tazkirah Jumaat

Perihal ketaatan kedua ibu bapa.
Pernah disabdakan Nabi s.a.w yang bererti: Seorang anak tidak akan dapat membalas budi kedua ibu bapanya kecuali jika dia mendapatinya menjadi hamba, lalu dia membelinya dan memerdekakannya. Mentaati kedua ibu bapa adalah lebih utama dari shalat dan zakat, puasa dan haji, umrah dan jihad pada jalan Allah.

Kedudukan ibu bapa sangat utama.
Nabi s.a.w bersabda lagi: Barang siapa yang berpagi meredhai kedua ibu bapanya, dia berpagi dengan terbuka baginya dua pintu syurga. Dan barang siapa yang berpetang begitu juga maksudnya. Sekiranya yang ada cuma seorang, satulah pintu syurga yang terbuka, meskipun keduanya membuat aniaya.....keduanya membuat aniaya. Dan barang siapa berpagi menyungutkan kedua ibu bapanya, dia berpagi dengan terbuka baginya dua pintu neraka. Dan barang siapa yang berpetang begitu juga maksudnya. Sekiranya yang ada satu, satulah pintu neraka, meskipun keduanya membuat aniaya...membuat aniaya...membuat aniaya.
Sesungguhnya syurga itu dapat dicium baunya dari perjalanan 500 tahun dan tiada akan dicium baunya seorang yang menderhakai ibu bapanya dan orang yang memutuskan tali kerabatnya.

Diriwayatkan bahawa Allah Ta'ala berkata kepada Nabi Musa Alaihis salam, wahai Musa! Siapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan menderhakaiKu, Aku akan mencatitkan dia sebagai orang yang taat, dan barang siapa yang mentaatiKu dan menderhakai kedua ibu bapanya, Aku akan mencatitkan baginya sebagai seorang yang menderhaka.
Doanya seorang ibu sangat cepat pengabulannya. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah! Kenapa begitu? Jawab Baginda: Ibu itu lebih berbelas kasihan dari ayah.

(Di petik dari buku Tasawuf Penyingkapan Hati kepada Rahsia-Rahsia Ilahi Nukilan Imam Ghazali)

Thursday, November 5, 2009

Majlis Cukur Jambul

Penulis memohan maaf, tertinggal lak citer pasal anak saudara yang baru nie....cian kat Amru. Pada 10 Oktober yang lepas telah berlangsung majlis cukur jambul yang dijalankan di Surau Baitul Ibadah Baitul Rahim Puchong. Majlis ini juga bersama-sama dengan sambutan hari raya.

Gambar-gambar masa majlis akan dimasukkan bila dah dapat upload dari email nanti...

Lambaian Ka'bah

Pada 1 November 2009 yang lalu telah berlangsung majlis doa selamat dan tahlil dirumah Ayahanda Paksu Zul di Gedong Lalang, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis ini adalah bagi meraikan Paksu dan Maksu yang akan berangkat menunaikan haji tahun ini. Kedua-duanya dijangka akan berangkat ke tanah suci pada 19 November ini. Marilah kita doakan semoga kedua-duanya selamat pergi dan selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur mudah-mudahan....

Syawal 1430H

Sambutan hari raya tahun ini macam biasa bermula disurau. Selapas beraya dirumah YM Bapak kami ke Shah Alam menziarah Ucu Zailand yang baru keluar dari hospital.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam. Memang tidak banyak yang sempat dirakam tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, entah ler kat mana silapnya....

Aku pula pulang ke Johor pada hari raya kedua selepas selesai pengkebumian Almarhum Paksu Aman untuk beraya dirumah mertua pula...




Bonda bersama-sama cucu-cucu dipagi raya di Surau Baitul Ibadah Baitul Rahim Puchong.

Tuesday, September 29, 2009

Kembali ke Rahmatullah

Pada hari ini bersamaan 1 Syawal 1430H semasa semua ahli keluarga sedang bergembira merayakan Aidilfitri kita telah dikejutkan dengan berita sedih. Ayahanda Abdul Rahman atau dikenali dengan Ucu Aman telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Ayahanda telah pergi meninggalkan kita pada jam lebih kurang 4.30 petang raya.
Jenazah ayahanda selamat disemadikan pada pagi 2 Syawal di Tanah Perkuburan Islam Cheras. Ayahanda Mohd Isa telah mengetuai bacaan talkin dan doa pada pagi itu.

Tuesday, September 15, 2009

Kembali ke Rahmatullah

Hari ini pada 14 Septembar 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430H, Ayahanda Zakaria atau lebih dikenali dengan Pak Teh Kampar telah pulang kerahmatullah di Kelana Jaya rumah di Rumah Abang Salleh. Jenazah almarhum ayahanda telah disempurnakan disurau Komplek Kastam Kelana Jaya sebelum dibawa pulang ke Kampar selepas solat Zohor.

Almarhum ayahanda selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampar Perak. Kesempatan ini Bonda Patimah, Angah dan Along telah menziarahi pusara Ayahanda Tuan Haji Mohd Hanum. Didalam perjalanan pulang kami sekeluarga berbuka di Kawasan Rehat Tapah.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi bagi tahun 1430H ini. Kita akan menyambut kedatangannya dengan rasa penuh gembira kerana didalamnya terdapat kebaikan yang lebih daripada seribu bulan. Marilah kita bersama-sama melaksanakan suruhan Allah ini dengan rasa rendah diri mudah-mudahan ia akan menambah ketakwaan kita kepadaNya. Sebagaimana yang disebut didalam Al-Quran:-

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
- Maksud Ayat 183 Surah al-Baqarah

Tuesday, August 4, 2009

Marhaban

Marhaban...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T pada hari ini tepat jam 12:21 pagi 4 Ogos 2009 bersamaan 12 Syaaban 1430H adinda Haslizatul Fairuz selamat melahirkan seorang putera. Putera ini adalah cahayamata ke 5 adinda Fairuz dan Zainuddin.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar putera ini menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah. Mudah-mudahan...

Sunday, August 2, 2009

Majlis Walimatul Urus Ayahanda Zulkifli

Majlis walimatul urus Ayahanda Zulkifli telah berlangsung di Gedung Lalang, Seremban Negeri Sembilan pada 20 Jun 2009 yang lalu. Majlis yang meriah ini diraikan bersama seluruh saudara mara serta sahabat handai yang datang dari jauh dan dekat.

Kepada Adinda Rini selamt pengantin baru dan selamat menempuh alam berumahtangga. Bagi pengantin lelaki selamat datang ke keluarga besar kami semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati olehNya.







Majlis Walimatul Urus Bonda Siti Hawa

Pada tanggal 31 Julai 2009 yang lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak kedua Bonda Siti Hawa di Seremban Negeri Sembilan. Majlis pernikahan berlangsung selepas solat Asar di masjid berhampiran. Majlis persandingan dan menyambut menantu pula berlangsung pada 1 Ogos 2009 di rumah bonda. Majlis yang meriah ini turut diraikan seluruh sanak saudara dari jauh dan dekat.
Selamat pengantin baru kepada Adinda Azreen dan selamat datang ke keluarga kami kepada pengantin lelaki. Semogo pernikahan ini dirahmati serta diberkati sehinggan keakhir hayat olehNya.














Percutian Keluarga

Pada 31 May 2009 yang lalu percutian keluarga bagi tahun 2009 telah memilih Perak sebagai destinasi percutian. Marina Cove Resort Lumut Perak telah dipilih sebagai lokasi percutian. Pada hari seterusnya rombongan keluarga telah melakukan Island Hopping ke Pulau Pangkor. Sebelum pulang pada hari yang ketiga rombongan keluarga telah melakukan aktiviti bershopping di Bandar Lumut.





Thursday, July 23, 2009

Jemputan Walimatul Urus

Bonda Siti Hawa sekeluarga menjemput semua ahli keluarga kemajlis walimatus urus yang akan bermula dari 31 Julai 2009 dengan majlis akad nikah, bersanding pada 1 Ogos 2008 di Seremban. Seterusnya majlis mengantar pula berlansung pada 2 Ogos 2009 ke Kuala Lumpur.

Adalah diharapkan semua ahli keluarga dapat hadir bagi memeriahkan serta meraikan majlis bonda ini serta menyambut kehadiran ahi keluarga baru. Mudah-mudahan....

Tuesday, June 9, 2009

Majlis Bercukur Jambul




Salam sejahtera semua ahli keluarga, rasanya telah lama laman blog keluarga ini tidak diisi dengan informasi keluarga kita. Ini adalah kerasa kita semua tiada kelapangan menguruskan keluarga masing-masing.

Disini dimuatkan informasi tentang Majlis Bercukur Jambul yang di adakan pada tangggal 30 Mei 2009 yang lalu bertempat di Surau Baitul Ibadah Baitul Rahim Puchong. Majlis ini diadakan bagi anak kepada adinda Nor Atikah Habsah iaitu anakanda Damia.

Majlis ini diraikan oleh seluruh ahli keluarga Haji Mohamed Hanum serta ahli jemaah surau yang hadir pada hari itu.

Thursday, February 12, 2009

Berita Semasa

Pada 8 Februari yang lepas Bonda Patimah telah menghadiri jemputan kenduri kesyukuran di rumah Mak Ngah diKampung Jiboi Seremban. Ini adalah bagi memanjangkan syukur kerana kekanda Norli telah kembali sembuh dari penyakit yang dihidapinya.